SaJak SaTu KEngEriaN

Satu-satu berita dipaparkan
Satu lagi pembunuhan berlaku
Satu mangsa dibunuh kejam
Satu dibakar, satu dicekik
Satu dikerat-kerat, satu dibom

Bayi ditanam hidup-hidup
Bapa dibunuh, ibu ditikam
Saudara dikelar-kelar
Ah, persetankan dengan orang yang bukan kenalan
Kalau dilanggar tinggalkan saja

Aku melihat disekeliling
Adakah musuh sedang menunggu dan mengambil kesempatan
Meragut, merompak hanya kerana RM 2.00

Satu Malaysia, bumi bertuah
Di dalamnya berbagai bangsa, berbagai rupa, berbagai rasa
Melakukan satu perkara sama kejamnya
Tulang temulang berserakkan dikebunan

Polis dilihat seperti pengawal sahaja
Undang-undang atas kertas cuma
Mahkamah tempat bersidang kedai kopi
Tali gantung dibuat buaian sahaja

AKu masih bertanya kepada siapa untuk ku percaya
Manusia sudah hilang pedomannya
Tiada apa yang ditakuti di bumi Satu Malaysia
Negara ku aman dari rusuhan
Negara ku aman dari pergaduhan
Negara ku aman kerna demokrasinya

Tapi
Negara ku penuh dengan pembunuhan
Malaysia ku menghimpunkan Satu Kengerian

Comments

Popular Posts