Bilik Berhantu rupanya

29 Jun 2011 aku menyewa sebuah bilik di atas sebuah restoran mamak di bandar Taiping.
Aku jumpa restoran mamak ni pun secara kebetulan selepas aku membayar bil di pejabat telekom Taiping. Ketika aku memasuki kereta selapas keluar dari pejabat telekom, aku terpandang sehelai kertas kecil dilekatkan dihadapan pintu "Bilik untuk disewa". Aku pun tak berlengah terus menelefon dan panggilan pun dijawap oleh mamak restoran tersebut. Aku ingatkan 'owner' bangunan orang lain. Setelah perbincangan, maka aku pun membayar deposit sewa bilik sambil mamak tersebut tersenyum. Tapi dari cara senyuman aku rasa macam ada sesuatu yang tersirat. "Ahh, mungkin haya perasaan aku sahaja".

30 Jun aku mula ke kedai membeli peralatan ala-kadar untuk tidur bujang...

4 Julai, Malam pertama...selepas habis bekerja aku terus ke bilik sewa, jam dah menunjukkan 6.30 petang. Selepas ,aghrib aku keluar ke Tesco untuk membeli lain-lain keperluan dan bahan-bahan kudapan sebelum aku terlena. Jam 10 malam aku balik ke bilik..perasaan aku terasa semacam ajer..maklumlah tempat baru..Disini ada 5 bilik keseluruhannya..4 bilik lagi kosong tiada penghuni..semakin malam semakin sunyi..sukar untuk aku melelapkan mata..aku rasa tak puas hati, jam dah menunjukkan 12.30 malam. Aku bangun dah melafazkan azan di 4 penjuru bilik dan membacakan surah kursi sebanyak 3 kali. kemudian aku terlena hingga ke pagi.

6 Julai, malam kedua, kerana aku tidur disini selang sehari, selebihnya aku balik ke Ipoh..Keluar makan malam bersama sahabat aku, Fadzil..selasai makan jam dah 11 malam..baring dah terus terlena..Terjaga jam 2.40 pagi..aku seperti terdengar bunyi orang berdengkur dibilik sebelah..aku amati sungguh-sungguh, betul memang bunyi orang berdengkur..aku bangun dan pergi menjengah kebilik sebelah, aku tolak pintu...berkunci.."Biarlah" kata hati ku..tapi siapa pulak yang tidur disini. mamak nih tak bagi tau aku pun ada orang lain menyewa..

12 Julai, malam ketiga, balik ke bilik selepas waktu bekerja dan aku bersiap keluar untuk berjogging di Taman Tasik Taiping..selepas berjongging aku singgah untuk minum di kedai tomyam berhampiran..maghrib..gelap suasana bangunan sebab aku terlupa untuk menghidupkan lampu sebelum keluar tadi. Aku pergi ke bilik nombor tiga dan aku menghidupkan lampu didalam bilik tersebut dengan harapan agar cerah sedikit lorong bilik. Bilik sebelah aku masih berkunci, tetapi 3 bilik lagi tidak berkunci, pintu pun memang aku sengaja bukakan..
Jam 10.30 malam aku keluar minum teh dengan Ashri, sedang kami bersembang lebih kurang jam 11.45 malam, mamak restoran telefon aku, "You ini malam tidur sini kaa", aku jawap "Yalah", "Apa pasal" aku sambung tanya kat dia..dia pun jawap "Tarak, sekarang saya ada sini, saya tengok lampu ada bukak, itu pasal saya tanya sama you", "OOooo, takpa saya ada ini malam, itu lampu saya bukak". lalu kami putuskan perbualan.
12.15 tengah malam, aku balik ke bilik, aku mendonggak ke atas melihat ke arah bilik sewa aku, lampu bilik aku masih menyala, tapi lampu bilik no 3 dah terpadam. Naik keatas dan aku nyalakan semula lampu bilik no 3, kerana aku rasa terlalu gelap lorong tu..baring terus terlena
"Tanggg" bunyi sesuatu seperti ada benda jatuh, aku tersentak, aku lihat jam 2.15 pagi, dengar bunyi orang berjalan pulak, 'DUNG, DUNG, DUNG' bunyi melangkah kerana lantai bilik sewa semuanya papan. maklumlah bangunan pun dari zaman Jepun. "Kletak" pun apa pun aku tak pasti..kemudian bunyi berdengkur seperti kelmarin dari bilik sebelah..apa hal pulak nih..memang ada ornag sebelah nih..
AKu bangun, pergi ke blik air, kemudian aku ketuk bilik sebelah beberapa kali..senyap...aku tolak dengan kuat...pintu bilik terbuka...kosong..dalam hati aku berkata "kenapa mamak ni kunci bilik nih".
Balik ke bilik aku, aku mula rasa berpinar-pinar, badan meremang seram sejuk..aku membaca surah kursi dan 3 Kull..tertidur..Bangun pagi aku rasa tekak ku sangat kering, badan panas semacam..fikiran aku seperti meracau, sekejap rasa macam gembira, sekejap rasa sayu...badan aku rasa sangat letih..macam lepas bekerja kuat..

13 Julai, Hari ini aku demam...dapat SMS dari isteri anak bongsu aku juga demam, aku ambil 1/2 hari cuti..balik ke Ipoh, dalam perjalanan kereta buat hal pulak...overheating dari jam 1.15 tengahari menunggu pomen datang hingga jam 4 petang baru sampai..aku dah mula meracau...aku mula menghidu bau-bauan..sekejap busuk, sekejap wangi...dalam hati aku, "aku nak mati ker"

14 Julai demam ku makin kuat, tetapi doktor kata biasa ajer..bila aku pejam mata aku nampak wajah-wajah yang sangat menakutkan didepan mata...apahal nih..aku telefon mamak restoran, aku tanya "mamak semalam you ada masuk bilik ka jam 2.15 pagi", "Tarak" dia jawap, kemudian dia menyambung "Apa pasal you tanya", "Tarak apa" aku menjawap semula. Aku mula mengesyaki sesuatu. Sebab aku nyalakan lampu bilik no 3 pukul 12.15 malam, pagi tu aku tengok suisnya dah tertutup sendiri..

14 dan 15 Julai aku M.C, sambung bercuti dari 18-19, M.C lagi pada 20-21 Julai..


22 Julai, aku cuba gagahkan untuk datang bekerja, memandu dari Ipoh ke Taiping aku rasakan sangat lama, aku seperti memandu dalam keadaan mengantuk..mungkin akibat dari kesan ubat..sampai ke tempat kerja aku terus berbaring didalam surau..badan aku rasa tidak bermaya..
Jam 9.30 pagi aku ke klinik panel di pekan Taiping, doktor terkejut kerana suhu badan ku terlau panas, 40 darjah C.."Eh..badan you panas sangat nih..saya beri you ubat yang kuat sikit, tapi you nak balik mana hari ni" dia bertanya, "Saya balik Ipoh lah, dah M.C", "You tak boleh drive macam ni, merbahaya untuk you" katanya. "Tak per, saya tidur lah dulu dalam masjid ker, lepas tu saya balik lah" aku menjawap.."Tak ada orang boleh hantar you ke" "I risau tengok keadaan you nih".."Tak per, tak per, i Ok lagi" sambung kata ku..

Balik ke pejabat menghantar surat M.C dan berjumpa dengan sahabat aku Fadzil, lalu aku menceritakan apa yang aku alami..barulah dia bongkar rahsia tempat aku menyewa tu rupanya adalah tempat orang mati bunuh diri.."patutlah tak ada orang lain menyewa bilik tu" kata ku...

Aku ambil keputusan untuk keluar dari situ dan kini aku menyewa di kawasan perumahan Kamunting..lega...




Comments

E_DA said…
MUJURLAH SELAMAT... ANDAINYA TIBA2 TERJAGA DAN "DIA SEDANG BARING DI SEBELAH..MEMANG BOLEH HILANG SELURUH SEMANGAT...

Popular Posts