Motivasi

Akibat Tidak Percaya Siksa Kubur

Di dalam sebuah kampung terdapat seorang Kaya yang berugama Islam tetapi menetang kepercayaan dalam Islam. Beliau tidak percaya tentang wujudnya siksa kubur.
Mengikut pandangannya  mana patut ada siksa kubur, manusai yang telah mati tidak akan mengalami apa-apa sehingga hari kiamat.
Apabila bertemu dengan bijak pandai ugama seperti ustaz atau ulama beliau selalu mempertahankan pendapatnya.
Katanya "Ini semua cerita mengarut untuk menakut-nakutkan orang Islam, mana ada manusia yang telah mati merasa sakit akibat dari siksaan kubur" sambil beliau menjeling kearah seorang ustaz dihadapannya.
"Astagfirullah.. Jangan lah kamu berkata begitu wahai orang kaya, kerana kamu belum merasai nya lagi" kata ustaz tersebut.
Katanya dalam hati, "Aku pasti akan buat kajian atas perkara ini, biar mereka ternganga dengan hasil penemuan kajian ini nanti bahawa apa yang mereka katakan tidak benar, hanya rekaan kmereka semata-mata, mereka ini semua hanya pak turut sahaja". Begitulah rungutan dalam hati orang kaya yang tidak beriman ini.
Pada satu hari teman rapat orang kaya ini telah meninggal dunia, lalu dia berkata, "Inilah peluang untuk aku membuat kajian"
Setelah mayat ditanam beliau telah mengupah seorang penduduk memasukkan satu alat canggih kedalam kubur rakannya. Dengan peralatan tesebut beliau memerhatikan setiap perubahan yang berlaku didalam kubur.
Tiba-tiba dari dalamtanh kubur rakannya keluar seekor kala-jengking dan terus menuju kepada orang kaya tersebut. Lalu apa lagi beliau terus memijak-mijak kala-jengking tersebut hingga hancur dan terbenam kedalam tanah.
Tetapi, kala-jengking tersebut timbul semula dari dalam tanah tersebut dan meniju semula kearah orang kaya.
Orang kaya mula goyah, lalu beliau mula berundur kebelakang, kala-jengking terus mara kearah beliau.
Beliau menghentakkan kaki beliau dengan kuat, dengan harapan kala-jengking tersebut takut,
Tapi kala-jengking terus merapati beliau.
Orang kaya mula ketakutan dan berlari kearah kereta yang diletakkan ditepi jalan, berhampiran tanah perkuburan. Orang kaya menoleh kebelakang, kala-jengking tetap menuju kearah beliau.
Orang kaya mengambil keputusan untuk pulang kerumah sahaja.
Didalam kereta orang kaya merasa lega dan berazam untuk kembali kekubur rakannya pada esok hari.
Sampai di rumah hari pun sudah tenghari, beliau terus mandi dan berehat diatas katil.
Orang kaya mula berfikir kenapa kala-jengking tersebut menuju kearahnya dan tidak mati setelah dipijak-pijak dengan kuat ketika dikubur tadi. Ah..mugkin kala-jengking yang lain barangkali.
Uuhhhh!!!!...orang kaya terkejut. 
dihujung katil terlihat seekor kala-jengking sedang bergerak perlahan-lahan menuju kearahnya  
Pada kali ini orang kaya benar-benar ketakutan
Beliau terus berlari keluar dari rumah, berhenti di tengah halaman rumah banglonya,
memandang kearah pintu rumah yang cantik diperbuat dari kayu cengal dan ditempah khas mengikut citarasanya.
Kala-jengking keluar dari bawah pintu kayu cengal tersebut, menuju kearah orang kaya
Bulu roma orang kaya mula meremang, syaitan apa yang sedang didepannya ini, bentak hati orang kaya.
Kala-jengking terus meluru kearahnya,
"Tolong...tolong...kala-jengking kejar aku" jerit orang kaya sambil berlari-lari kearah orang ramai di kawasan perumahannya. Orang ramai melihat kerah orang kaya dan tidak melihat seekor pun kala-jengking,
"Eh...dah gila agaknya orang kaya nie", kata seorang penduduk kepada rakannya.
Orang kaya melihat orang kampung tidak mengendahkannya, tapi kala-jengking masih menuju kearahnya
Orang kaya menuju hujung kampung yang terdapat sebuah tasik
dalam hatinya "baik aku masuk kedalam tasik tu, pasti kala-jengking tidak dapat mengejar aku dalam air" katanya.
Kala-jengking sampai kegigi air, berhenti seketika, mengangkat kedua-dua penyepit dan mengoyang-goyangkan ekor sengatnya yang penuh dengan bisa. 
Tiba-tiba kala-jengking membenamkan sengatnya kedalam air, secara tiba-tiba badan orang kaya merasa panas dan bisa..Badan nya yang putih mula bertukar kemerah-merahan akibat dari bisa kala-jengking,
sakitnya bukan kepalang, lalu orang kaya menjerit, "Ya Allah, sakitnya...ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku...ampunkan aku...aku beriman kepada Mu Ya Allah"
Kala-jengking terus hilang dari pandangan orang kaya, bisa ditubuhnya juga beransur hilang, orang kaya mula merasa insaf.
Sambil beliau berjalan perlahan-lahan menuju kerumahnya, beliau terfikir, ini baru didunia Allah telah tunjukkan kekuasaannya dan siksaannya, bagaimana lagi jika didalam kubur dan di akhirat.
Beliau mula insaf dan berubah dari sikap sombong kepada sikap menjadi orang yang pemurah
masanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu agama dengan seorang ustaz dan akhirnya beliau juga telah menjadi pendakwah.
"Allah telah mengajar saya untuk mengenali kekuasaanNya" Kata orang kaya dihadapan penuntutnya.  







Comments

Popular Posts